Sunday, December 28, 2008
Sekembalinya
kekangan masa yang memaksa untuk aku terus bertaut pada kukuhnya harapan dan tegasnya impian..
menemui kembali sebisa bisikan hati dan seterang sanubari untuk terus ku mencorakkan pelangi dengan warna terang dan suram sepi..agar hari-hari yang ku lalui akan terus bererti dan ku tak kan bisa lari meninggalkan rona yeng telah dijanji..kini ku kembali..
Friday, December 26, 2008
di taman teman

Mendengarkan dendangan lunak manja..suara halus yang tulus dan gemersik yang asyik..serasi dengan susunan kata yang indahnya bahasa dan jujurnya bicara..
khas untuk istimewanya yang sudi menyapa dan santaikan jiwa singgah bertapa....
*sedikit yang mampu dihidang..dan kemunculan yang diharap 'kan membuahkan kuntuman...
Saturday, December 20, 2008
Situasi..
Tuesday, December 16, 2008
air @ water @ ma'un
Air atau dalam bahasa biasa yang mudah difahami untuk warga kota..water..tidak dapat dinafikan punya pelbagai fungsi kepada manusia..dan pentingnya air telah lama diketahui oleh masyarakat dunia setelah sekian lama..sejak dari awal penempatan manusia..kebanyakan dari tamadun dunia yang telah tercipta awal sejak zaman sebelum masihi lagi telah menyaksikan dan memperakui bahawa air sangat penting kepada kehidupan dan kelestarian hidup manusia..tamadun yang dibina bermula dengan penempatan yang berada di pinggir sungai...jadi peri pentingnya air ini perlulah difahami dengan kewajaran yang sangat mendalam..
namun kini, apa yang kelihatan adalah air yang mengalir sukar untuk kelihatan jernih..mungkin peredaran masa telah menjanjikan perubahan kepada air juga...
walaubagaimanapun..masyarakat Melayu banyak menggunakan perumpaan yang dikaitkan dengan air..dan antaranya..
- air dicincang takkan putus..
-sekali air bah,sekali tanah berubah..(x tau la betul ke x aku tulis nie..hehe)
tak kurang juga pesan orang tua kepada anak-anak muda..'Kalau takut dilambung ombak,jangan berumah di tepi pantai'...ombak yang digunakan di frasa tersebut juga merupakan air..
jadi..tidak dapat dinafikan bahawa air memang sangat penting...
kepada sektor pertanian..tidak kiralah sama ada dalam negara mahupun pertanian di luar negara..buat mereka pengairan dan saliran merupakan aspek penting dalam menjamin kesuburan hasil tanaman mereka..apa yang mereka tahu..dengan kuantiti air yang cukup serta nutrisi lain yang diperlukan untuk tanaman mereka,cukup usianya..hasil tanaman mereka sudah boleh dituai..dan mampu mendatangkan hasil...bagi mereka yang bergiat untuk sektor pertanian negara..tahniah kepada anda semua..kerana sektor pertanian kini mempamerkan perkembangan positif teruatamanya kepada sistem ekonomi negara..
air juga penting kepada pengusaha dobi..untuk mereka gunakan..tak kurang juga air sangat penting kepada peniaga-peniaga sama ada di Restoran ataupun di warung-warung tepi jalaln..walau di mana juga mereka mencari rezeki menerusi perniagaan makanan ini..yang pasti..air memang sangat penting untuk memastikan kelancaran perniagaan mereka serta memenuhi kehendak menu serta masakan mereka..
namun, tidak semuanya benar-benar menghargai air sebagaimana yang kita sedia maklum..air sungai yang menjadi sumber air utama kepada penduduk di seluruh negara kini telah dicemari dengan pelbagai jenis pencemaran..dengan pencemaran yang berlaku terhadap sistem sungai dan perparitan di negara kita..maka terdapat beberapa kejadian yang kurang menyenangkan..
antaranya..longkang tersumbat yang akan mendatangkan banyak masalah kepada penduduk setempat..jika kuantiti air hujan melimpah ruah,maka dengan longkang yang tersumbat tadi..akan menghasilkan genomena banjir..yang juga tidak disenangi oleh hampir semua golongan masyarakat..kesedaran sangat penting untuk dimainkan oleh semua pihak..buat mangsa banjir..sudah semestinya,air merupakan trauma buat mereka..apa yang boleh dikatakan kepada mereka..semoga mereka sentiasa tabah dengan setiap ujian yang datang...
fenomena terbaru yang juga dikaitkan dengan air..adalah fenomena sama yang menggemparkan seluruh negara...apabila negara dikejutkan dengan berita tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang meranapkan 14 banglo mewah serta mengorbankan 4 nyawa..fenomena tersebut turut dikaitkan dengan air apabila dikatan longsoran yang berlaku ke atas tanah tersebut disebabkan berlakunya pergerakan air di bawah tanah tersebut ekoran hujan sejak beberapa hari...
buat mangsa runtuhan Bukit Antarabangsa..semoga anda tabah mengharungi segalanya...
itu serba sedikit yang dapat dikongsikan mengenai air..sebenarnya..waktu aku mengarang blog ini..hujan turun..maka,seronok pulak bercerita tentang air..huhu..macam air yang epal yang sedap di Restoran Santhai tadi..(restoran yang aku janji nak belanja Cik Seri..)huhu...
untuk itu,sekian sahaja coretan angin tentang air..dan untuk pengetahuan juga..kenapa Mr. Angin pilih angin???kerana air da selalu orang guna dalam banyak perkara..so, sesekali gunalah angin pulak..hehe
bye..da nak tido..
Sunday, December 14, 2008
antara dua rasa..
seperhitungan masa dan telah meneliti tiap mimik bicara,angin kembali gundah gulana...
kisahnya terpaksa memilih antara dua dan kepingin untuk membuat keputusan biar tenang...
aku kini dalam dilema untuk memilih dan mendapatkan tempat bagi aku menjalankan kursus untuk sesi latihan industri aku yang bakal menjemputku ke daerah itu sekitar 6 bulan dari sekarang..mungkin pada kiraan harinya,ianya agak terlalu lama untuk dirisaukan,namun berlegarnya masa,takkan disedari pantasnya berlalu...
kata orang : organisasi media merupakan tempat yang paling menarik untuk didekati dan tak semua orang tahu bahawa media juga akan menjadi tempat yang paling digeruni..hakikatnya,semuanya ada pahit dan manis yang harus ditempuhi..dan tak semuanya mudah untuk kita lalui..pasti ada cabaran dan dugaannya...
jika masyarakat melihat,media adalah organisasi yang sering menjadi buah mulut masyarakat dan tak kurang juga media sering mendapat perhatian masyarakat setempat dalam menyebarkan sebarang bentuk malumat...apapun tanggapan masyarakat tentang peranan dan tanggungjawab media,hanya orang media sahaja yang benar-benar fasih dan mampu untuk menghuraikan deskripsi tugas mereka..
sekalipun dunia masa kini menjadi medan yang mencabar 'mediator' untuk sering kehadapan dan maju mengorak langkah..namun kesungguhan orang media harus diberi pujian kerana sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran..antaranya saingan informasi dan serangan ke atas penyebaran maklumat...
media baru yang muncul kini seperti internet telah menjadi medan persaingan sihat kepada golongan 'mediator' untuk lebih berani tampil ke pengetahuan masyarakat dengan pelbagai idea segar dan bernas serta sentiasa kehadapan dengan berita-berita serta informasi berkualiti tinggi...cabaran sebeginilah yang bakal menjadikan golongan media akan sentiasa mendapat perhatian dan sering mendapat pujian..
walau apapun fenomena yang melanda industri media tempatan mahupun antarabangsa..
semoga industri media akan terus berkembang....ameen
itu apa yang orang kata tentang media..mungkin tak semua setuju dengan pendapat tersebut,namun itu hanyalah segelintir pendapat dan buah fikiran masyarakat..untuk mengetahui sejauh mana kebenaran tentang hakikat media,lebih baik kita sendiri berada dalam kelompok media agar kita juga dapat merungkaikan dengan baik deskripsi tugas seorang 'mediator'
kata orang: organisasi korporat memang banyak prosedur yang perlu kita ikuti dan mungkin akan menyekat sedikit kebebasan kita..namun terpulanglah kepada jenis dan bentuk bisnes yang dijalankan oleh syarikat terbabit...walaubagaimanapun,jawatan sebagai seorang Pegawai Komunikasi Korporat @ Public Relation Officer (PR) memang sangat mencabar dan kadangkala sangat menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang individu..
ketahanan yang harus dimiliki oleh seorang yang bergelar PR ini dalah perlu sentiasa bersedia dalam mewakili syarikat untuk ke mana-mana petemuan dan temujanji bersama pelanggan..
itu berkaitan pelanggan..kalau melibatkan media pula kena sentiasa berfikiran terbuka dan ramah mesra dengan golongan media supaya imej dan reputasi syarikat akan terpelihara..
kena siap sedia dengan PC (Press Conference)..
benyak juga benda yang perlu diambil perhatian oleh seorang PR dalam memastikan imej serta reputasi syarikat akan sentiasa berada pada tahap yang memberansangkan..
itu juga apa yang orang kata tentang PR..
walau apapun tugas dan kerjaya yang bakal ditempuhi,banyak cabaran, dugaan dan peluang yang bakal muncul dalam meniti kejayaan tersebut sehingga mencapai status dan 'standard' yang memuaskan...
sekali lagi,aku masih juga mencari peluang yang paling sesuai untuk aku mulakan langkah pertama supaya setiap apa yang aku impikan akan aku capai terutamanya dalam menceburi bidang kerjaya..
aku harap agar aku akan terus melangkah masuk ke ruang legar kerjaya dengan gaya serta citarasa aku sendiri..harapnya macam 2 la..
Wednesday, December 10, 2008
Salam Aidiladha

Salam Aidiladha aku nak ucapkan untuk semua..tiada yang paling istimewa di Aidiladha melainkan mensyukuri nikmat Tuhan dan mengerti konsep pengorbanan...untuk insan yang mengenali diri ini,sekerdil mana pun diri ini,takkan lari dari mencipta sekepal dan segumpal dosa..maaf dan ampun dipinta..
Sempena Aidiladha,kampungku kembali meriah dengan suara anak-anak kecil dan gosip2 manja sanak saudara.sesekali kedengaran leteran si tua..terusik kenangan di kala menjelmanya lebaran...haha
Monday, December 8, 2008
Salam Aidiladha...
buat semua umat Islam di seluruh dunia, aku ingin merakamkan ucapan salam aidiladha buat anda semua tidak kira walau di mana anda berada..semoga erti pengorbanan ini akan terus dihayati...
- ketupat palas + rendang daging + serunding
- ketupat nasi + kuah kacang
- satay + Kuah kacang
- nasi beriyani + ayam mask merah + daging masak kurma
- kuih raya + kek
- sup tulang
hmmm...neway salam aidiladha angin ingin ucapkan sekali lagi..sehingga bersua lagi dengan cerita di hari raya..daa...pulangla ke kampung dengan berhati-hati dan ingatla insan tersayang..
ketupat palas..
adunan kek buah
bahan2 yang diperlukan untuk menghasilkan kek
kek marble
kek buah
cup cake
-angin tanpa suara-
salam aidiladha
Sunday, December 7, 2008
tragedi....
angin menyapa manja..dengan biasa ingin bicara tentang dunia dan tentang jiwa...
antara perkara yang sangat menyentuh dan menggemparkan seluruh negara..peristiwa yang tidak diduga..kejadian banglo runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa susulan tanah runtuh..
kejadian tanah runtuh ini telahpun menyaksikan kehilangan nyawa mangsa yang menetap di situ..
apa yang sangat membimbangkan adalah berlakunya runtuhan susulan selepas kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan beberapa buah banglo musnah...
kejadian tanah runtuh ini mengingatkan tentang kejadian sama yang telah meragut mangsa iaitu kejadian runtuhnya satu daripada bangunan highland tower..sangan menyayat hati...
apa yang diharapkan semoga kejadian sebegini akan menjadi iktibar dan benar-benar memberi kesedaran kepada umat manusia..
semoga keluarga mangsa akan lebih tabah menghadapi ujian dan dugaan ini..di saat fajar AidilAdha mula menjelma..mereka akan meraikannya dengan sengsara,mungkin kehilangan insan tersayang..dan rumah tempat mereka berlindung...walauapapun yang telah terjadi,hidup di atas muka bumi ini harus diteruskan...buat mereka yang telah kembali ke Rahmatullah..sekalung doa buat mereka...dan buat keluarga mangsa..ucapan takziah mengiringi..
Saturday, December 6, 2008
kepulangan yang dinanti...
topiknya adalah kepulangan yang dinanti..maklumla dah dekat nak raya nie..huhu..
sebenarnhya ada beberapa kejadian yang sangat menyentuh...
pertamanya adalah nenek ku telah kembali ke rahmatullah..pada jam 1.15mnt pagi 5 disember '08 iaitu hari jumaat...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman..ameen...
dan yang keduanya,adalah kepulanganyang tidak diduga..sebelum arwah nenekku meninggal dunia,kedua ibubapaku telah pulang untuk menziarahi nenekku di Kelantan yang dikhabarkan tidak sihat..setelah keadaan nenekku dikatakan stabil..mereka pulang ke jitra dengan harapan semuanya akan selamat..maka,setibanya di jitra tidak sampai sejam..mereka dikejutkan dengan berita yang sangat menduga iaitu berita pemergian nenekku..dengan penuh perasaan tabah,mereka pulang semula ke kelantan pada jam 4.30 pagi semalam...tiba di kelantan jam 10.30,setelah semuanya sempurna dan jenazah selamat dikebumikan...selepas solat jumaat..mereka kembali semula ke kedah..dengan penuh keletihan...jam 4.30 petang kembali ke kedah...dan tiba jam 11.57mlm...
itulah kisah kepulangan yang dinanti...
Thursday, December 4, 2008
Flash...??>&^$#$$
huh..permulaan hari yang sangat mengujakan kerana dengan alasan nak belajar Flash,tapi sebaik mula mengenali sejauh manakah perisian itu,alangkah bagusnya kalau aku benar2 tidak pernah mengenali benda alah 2...susah bangat..mungkin ia tampak mudah bagi mereka yang sangat tabah,namun pada aku,ianya amat menyusah...arrrggghhh...
dan dengan penuh perasaan bosan,aku buat je la apa yang cikgu tu minta aku buat dengan flash 2..then aku layan feeling dengan edit picture kat photoshop,'that's much better'...dek kerana tiada perkara2 menarik tentang kelas flash aku untuk hari inie..maka tiadala gambar2 atau video yang berjaya aku hasilkanl...
malam nie mengantuk awal la plak,x tau nape..maybe sebab makan banyak..mana taknya,melantak nasi tomato dengan ayam 2 ketul then ada cucur peneram..hmm..semuanya sedap,tapi dah terlanjur makan..maka,kesian kat perut aku...
2 je yang anin nak khabarkan tentang perkembangan terbaru dunia rekaan grafik..namun setakat ini sahaja penerokaan ini..dan akan kembali normal semula untuk beberapa ketika...
salam mesra angin menyapa manja..membuai lena
angin akan kembali menyemarakkan hari dengan penuh rasa yang mampu mebuai jiwa..daa
Tuesday, December 2, 2008
bengkel grafik 'n' multimedia (Coreldraw)
untuk hari yang ketiga ini,aku diperkenalkan dengan perisian grafik yang tidak pernah aku gunakan sebelum ini berbanding adobe ilustrator dan photoshop..mungkin ada sesuatu yang menarik yang boleh diterokai dengan perisian ini yang memperincikan ciri-ciri untuk melukis..

*rekaan daun yang aku lukis ini sebagai 'trademark' untuk aku...-angin tanpa suara-

*rekaan kaligrafi untuk nama aku dalam tulisan jawi...-faiz hj othman-

*rekaan aku untuk final project coraldraw...merekabentuk logo..

*hasil karya terakhir aku..welcome to my wolrd-angin tanpa suara-
bengkel grafik 'n' multimedia (illustrator)

* imej yang kelihatan seperti kerja tangan kanak-kanak tadika ini sebenarnya sukar untuk direka buat mereka yang baru mula meneroka....
*imej ini pula merupakan hasil kerja selepas selesai mempelajari Adobe Illustrator...kena wat background untuk desktop...
bengkel grafik 'n' multimedia (photoshop)
angin kali nie ingin menukil rasa dan lauhkan bicara tentang dua tiga perkara yang telah melatari hari-hari...



* walaupun teruja dengan bengkel grafik n multimedia..aku sekeluarga dikejutkan dengan berita nenek yang tidak sihat..maka dengan serta merta,keluargaku pulang ke Kelantan untuk menziarahi nenek d Hospital..dan aku mengambil tindakan untuk tidak meninggalkan kelas grafik n multimedia..lalu aku kini berdua berasama adik perempuan ku(aida)..seminggu aku akan tinggal sendirian dengannya dan terpaksala berdikari sekejap..huhu..
-semoga nenek akan sihat n cepat sembuh...
kahwin & iran
untuk hari jumaat yang lalu tiada ap yang perlu untuk aku bicara,cuma sibuk dengan kenduri kendara jiran tetangga...n rindu plak tiba2 dekat insan yang jauh dimata..dia akan berangkat ke Iran jam 2 pagi nnti bersama bosnya atas urusan kerja..teruja pulak bila bekerja melangkaui sempadan dunia..hmm..semoga akan tiba satu hari nanti,hari yang aku sendiri bakal kemudi dengan corak dan dunia sendiri...
Thursday, November 27, 2008
Bosannya..kalaulah dapat kerja
Hari nie memang sangat membosankan..dari pagi lagi setelah siap sarapan n berkemas...
menjengah dada akhbar dengan bermacam topik hangat dan suam2 kuku..namun yang paling menangkap pandangan, bila terbaca artikel tentang TEH...minuman yang sangat disukai walau dimana saja atau bila2 masa...teh memang sudah lama ditemui dan mengikut sejarah(subjek yang paling tidak diminati..huhu), teh dikatakan telah dijumpai di negara seperti India dan Burma..tak kisahla kat mana pun dijumpainya teh tersebut, namun hakikatnya kini, teh telah menjadi sajian minum petang yang sangat sinonim dan ada yang mengatakan teh juga mampu memberi ketenangan kepada peminumnya(not sure)...apa pun fenomenanya yang dikaitkan dengan teh..aku tetap berminat untuk menghirup sekotak teh bunga..hmm aromanya sangat menyelerakan..dan tak kurang juga secangkir teh hijau yang sangat menenangkan....
itulah hakikat teh yang perlu diketahui..sedapkan??? topiknya hari nie bukanla mengenai teh..
Itu semua sedikit kisah mengenai pagi hari yang sangat membosankan..maklumlah, bila dah mula cuti semester, segalanya serba tak kena...bosan sangat2 hari nie, sampaikan tertido untuk kedua kali pada hari nie...disebelah tengah hari..dan sebelah petang..bosan sangat..kadang2 terfikir sejenak, kalaulah sekarang nie aku bukan sebagai seorang pelajar dan aku merupakan seorang yang bekerjaya...mungkin tak bosan sangat agaknya..lama pula rasanya tempoh satu semester lagi yang berbaki untuk aku tamatkan pengajian(tak termasuk latihan industri..praktikal la 2)...fikiranku untuk bekerja merewang tatkala aku menyiapkan hidangan makan malam...bukanla makan sangat, anggap je minum petang yang terlebih masa...sebab siapkan kuih lambat sangat sampai tak boleh nak makan untuk petang..jadi hidangan tersebut menjadi sajian di waktu malam...inilah hidangan tertunda aku untuk petang nie..
Secankir milo kosong yang sangat kau..
dan kuih karipap yang siap buat maghrib tadi..
Dalam beberapa minit dan ketika saja lagi nak masuk hari esok..maka 'angin' yang bertiup sepoi malam nie akan mula berhenti meniup..dan biarkan embun malam sepi sendiri ditemani cahaya rembulan dan kerdipan bintang...
Biar 'angin' kembali semula esok untuk menatap ceria wajah dunia yang akan datang dengan pelbagai kisah suka dan duka
Wednesday, November 26, 2008
-ku renungi-
tapi suaranya tidaklah lantang..sepoi2 je 'angin' malam nie....kadangkala,kita melihat dunia dengan mata je...('angin' nak rujuk kata2 nie)
*rujukan...
(melihat dengan mata...dan olah dalam jutaan rasa)
Buat pertama kalinya dan untuk sekian kalinya...bermulanya fasa baru dalam menjana kehidupan yang lebih proaktif dan sentiasa berfikiran terbuka...
Aku masih bingung kenapa tarikh 26 November aku pilih untuk mulakan sesi luahan bicara di laman ini..munghkin aku dah mula rasa selesa...pertemuan singkat ini akan aku garapkan sebagai pertemuan pertama yang harapnya akan membuahkan bermacam kisah suka duka dan cerita mesra tentang isu dunia dan manusia...
Akan aku jalinkan keserasian antara isi hati dan lakaran realiti dalam setiap kupasan nanti...
Semoga keberadaan aku di ruang ini akan menyeri dan turut memberi erti..
kalaupun bukan sebagai penyumbang ideologi..mungkin sekadar coretan peribadi dan luahan isi hati...itu pun dah cukup memadai..
sekian untuk permulaan ini..