Monday, April 11, 2016

ini sesawang

Assalamualaikum wrt wbt

Niat saya dah lama nak menjengah kisah hati ini.
Luahan ini selalu tertangguh.
Seolah rasa tak membenarkan hati bercerita.

Namun, Alhamdulillah. Kisah ini terbawa ke mari dan kini kembali berfungsi.

Saya telah lama berhasrat untuk mengemudi tulis ini ke daerah asing yang tidak pernah dimengerti.
Jalan daerah ini telah diteroka. Saya pasti jumpa apa yang dalam semak yang telah lama.

Ya, ini sesawang yang sudah semestinya bersawang!! Itu hakikat.
Saya percaya, semua ada bakat.
Yang baik sudah pasti nampak hebat.
Yang buruk buang jauh jangan dekat.

Ini kisah tentang rasa nak menjadi sebuah dunia yang diteroka.
Saya ada banyak cita yang belum digarap menjadi cerita.

Saya punya kisah rahsia yang kadang terbongkar di sudut masa.

Biar saya perihalkan akan perasaan, saat saya mula menekan.

Ia LUAR BIASA....dieja biasa tapi diungkap penuh makna.

Ya, saya tak harus berhenti kerana masa juga berlari,
pantas dan tangkas tanpa dipintas.
Jadi, kita gerak kena deras.

Bernoktah di sini bukan tanda patah.
Saya balik kejap...nanti saya jengah.
Dah lama sangat tak meluah.
Kali ni, tekad saya harap ada tuah.
Bukan Hang Tuah, tapi hang yang gagah
melangkah pun tak risau rebah
jatuh pasti bangun biar payah
itulah hakikat kalau nak lihat cerah
jangan sebut pasrah,
tapi kaki tak selari lidah.
Biar sebut nak redah
tapi dah ada hujung dari pangkal yang indah.
Baiklah. Masa kembali menyergah.

Salam sayang.

Ekspresi Hati buat yang berani mengerti.

--faizhjothman--


No comments: